Friday, September 25, 2015

Backpacking Trip 2015 : Yunnan , CHINA ( Shangrila - Lijiang - Kunming - Luoping) Part 4

Assalamualaikum ,  and goodday beb! Ni Teman nak kabo..

Day 3 ( Tiger Leaping Gorge & Shangrila)

Kami memang amat2 looking forward for the day 3 to come which in our itenarary is our trip to one and only Jade Dragon Snow Mountain. Right before we came to lijiang, kitorg purchased long johns, winter coat, preparation to go up to the snowy mountains. The picture of bluemoonvalley keep poping in my mind..

Teman dah study pasal step nk naik ke atas, how to go there, how to purchase tickets... Masih lagi blur...sebab step die banyak...and i may end up go to the wrong direction.. So thatswhy we hire a tour guide - Rosey..

Rosey the tour guide

Jumpa  contact nama rosey ni dlm synotrip.com dan kami pernah berubung melalui email discussing bout the price and location kitorg nak pergi. In her email, she sounds friendly and just direct towards to the point. I end up chose her sebab rate die yg paling cheap dan munasarawak.

So awal pagi day 2 di lijiang, she's waited at the lobby of our hotel... Comel je orgnye. Muka serabut mcm sebulan tak mandi..haha..mcm org baru lepas dri reality tv survivor..

Rosey yg kanan.. yg kiri tu roseyah..wkaka
So pagi tu dlm 8.30pgi, we all bertolak,..then patah balik kejap sebab aku tertinggal camera..then patah balik.. The view along the way to the park was magnificent.... Gunung ganang.. Rasa tak sabar giler nak smpai
Jade Dragon Snow Mountain dari jauh
The Dissapoinment

Sampai 2 kami di pintu gerbang besar msuk ke park tu, kami di beritahu yg cable car ke puncak di tutup satu hari! Memang betul2 rasa keciwa.... Yang di buka hanya bluemoon valley.. tapi takkan kitorg nak spend RM90 sorang ,hanya utk tgok bluemoonvalley saje? Our bdget benar2 ciput...then nk bayar rosey lagi... So then we discussed dengan rosey.

Rosey bgi 2 option. 1: Kitorang datang balik ke park besok, tapi besok pun belum confirm yg park tu bukak.. Option 2  : Head to other nearby snow mountain which is Shika snow mountains in Shangrila.. 3 hours journey from lijiang..

Sangat susah option yg rosey bagi tu. Tujuan utama datang lijiang ni nak tgok salji. So kalau tak jumpa salji memang tak berbaloilah trip kami. So kami pick option 2, trus ke Shangrila. Bile di tanya pasal accomodation, die kata die boleh book hotel paling murah dan cost tourguide same je..takde tambah lain.. Kami setuju je. Tapi jauh sudut hati teman masih lagi nak tgok jade dragon snow mountain dengan bluemoon valley tu...

Menuju Tiger Leaping Gorge

So kami patah balik ke hotel utk amik barang cukup utk 1 day trip then head towards shangrila. Kami singgah sekejap ke rumah sewa Rosey di Naxi village utk ami barang2 die.

Naxi village
Naxi women
Sebelum kami terus ke shangrila. kami akan singgah ke TGL (Tiger leaping gorge) which supposed to be our tomorrow trip. Futhermore TGL terletak between Lijiang and shangrila. So memang sesuai nak drop by.

Perjalanan ke TGL, tuhan saje yg tau. Kami melalui lereng2 gunung, jalan die betul2 narrow. Btul2 sebelah gaung,  Ketaq lutut... Tak sempat nak hayati view sepanjang jalan sebab tgah kering darah . But view speanjang tu, memang superb.... Rase mcam dlm cerita Lord of the rings...tak sempat nak amik gmbar..paham2 jela..

Kami sampai di TGL lebih kurang 10.30 am, berhenti di rumah parents Rosey di Middle Gorge.yang mana family diorang ada guesthouse and cafe.

Roseys family.. Yg tudung tu amah diorang..wawawa
Kami pun light breakfast kat situ. Makan sandwich yg kitorg buat awal pgi sblum brgerak. Family rosey ni well converse dlm english. Sbb ramai foreigner yg dah stay kt guesthouse die.

The Unexpected Hiking

So agak dlm pukul 11pgi, setelah breakfast bagai. Barula kami start our activity.  Lorong entry hanyalah beberapa meter dari rumah rosey. Kami pun menuruni bukit yg agak landai..

Dalam 10 minit menuruni landai, kami dah nampak view yg kami inginkan.. memang kagum.. Smbil turun smbil snap2 pic. Kami juga melalui tanaman gandum yg masih hijau.. pertama kali nmpak gandum.

View seawal 10 minit menuruni cerun
 
tanaman gandum yg masih hijau di kiri dan kanan
Semakin lama berjalan, semakin curam cerun di turuni, ada yg hampir 90 darjah. Bayangkan kami semua pakai jeans sahaja. Ada yg pakai kasut boot. Kami tak expect hiking memang mencabar begini. Di tambah dengan gaung di kiri lorong. Tapi kami puas hati sebab view die memang sejuk mata memandang. Cantiknya lukisan Allah S.W.T


Halfway turun
Lorong yg dsediakan di lereng bukit

Setelah 1 jam stengah. Kami hampir sampai ke dasar gorge. Kami berhenti di pit stop yg mana sebuah pondok menjual air dan snack bar utk hikers. Teman , makcik ika dan rosey continue our trip ke paling dasar, smentara 2 org lagi stay kat pondok tadi.. dah semput lah tu.

Di dasar gorge, teman berpeluang tengok dengan lebih dekat sungai yg mengalir deras di tengah2 gorge. Menjelang musim panas arus sungai akan bertambah kuat menurut rosey.

Di dasar gorge

Jeram di tengah2 gorge
Total jarak kami turun ke bawah adalah lebih kurang 1.5km. Lepas dah turun, skang tiba saat yg paling payah. Nak hike naik mula..
Naik adalah lebih mencabar kerana kami tak tempuh jalan yg kami datang tadi. Kami akan daki menuju ke upper gorge yg mana cerun nye kebanyakan hampir 60 ke 90 darjah. Terdapat tali dan dawai besi sebagai tempat nk berpaut sepanjang lorong.

Menuju ke puncak

Hampir sampai..baru ada bayang tangga

Penjual air di lereng bukit

Dan setelah 2 jam perjalanan naik, kami pun smpai di puncak. Kami berjumpa beberapa pendaki lain, ada yg exchange contact number.. Walaupun mengah, namun sangat bangga dapat habiskan pendakian sebelum malam
antara melayu yg berjaya smpai ke puncak..wawawa

Kemudian kami terus menuju ke van yg menunggu kami di tepi jalan. Kami terus menuju ke restoran muslim berdekatan utk makan malam..

Makan malam kali ni sedap skit sebab rosey tolong translate kat tukang masak, apa jenis makanan yg kitorg prefer... baru kenyang makan.

Dari luar tak nmpak cam kedai muslim pun

Ok Konfem..hahaha
Panas baii...

Kami solat sekali kat kedai tu.. Pastu barula kami sampung perjalanan ke shangrila . Dari TGL ke Shangrila amik masa dalam 2 jam.






Tuesday, September 22, 2015

Backpacking Trip 2015 : Yunnan , CHINA ( Shangrila - Lijiang - Kunming - Luoping) Part 3

Assalamualaikum ,  and goodday beb! Ni Teman nak kabo..


 DAY 2 ( Black Dragon Pool Park & Lijiang OLD Town )

Setelah semalaman dlm keretapi, akhirnya kami Berjaya sampai di stesen keretapi Lijiang dlm lebih kurang 6.30 pagi. Utk pengetahuan, Lijiang adalah stesen keretapi terakhir, sebelum lijiang ada beberapa stesen yg keretapi ni berhenti mengambil penumpang

Memang sejuk gile keadaan awal pagi di stesen keretapi lijiang. Cuaca sejuk di tambah angina kuat memang buat teman mengigil.

Setiba di stesen Lijiang

Beli Tiket Pulang ke Kunming

Setelah pengalaman tiket hampir habis semalam, kitorang plan beli awal . So smpai2 je stesen keretapi, kami terus ke kaunter utk beli tiket pulang ke Kunming. Oleh sebab kaunter tiket buka pukul 8 pagi, so kami lepak dulu kat stesen dan sementara tu kami solat subuh di perkarangan stesen keretapi.

Keadaan awal pagi di luar stesen
di hadapan stesen keretapi Lijiang
Bile kaunter tiket dah buka, trus je kami pegi beli tiket dan Berjaya dapatkan softsleeper bed yg di idamkan.
Ok, tiket semua dah beli, cari teksi nak ke hotel pulak. Di sebelah stesen ni terdapat bnyak van2 bewarna biru, itulah teksi2 lijiang. Fees pun x mahal. Dlm 40 yuan satu kereta

* Tips - Kebanyakan pemandu teksi di lijiang tak pndai english, so print gmbar , map dan nama hotel dlm bahasa cina utk memudahkan kerja pemandu dan anda...

 Mencari Hotel (Lijiang International youth hostel)

Sebenarnya pemandu teksi ni pun x penah denga, jumpa hotel yg kami book ni.. Tapi teman tunjukkan map, dan suruh die drop kat situ je.
So bile dah smpai, kami pun mencari hotel tersebut berjalan kaki. Sebenonye, sblum brtolak aritu, teman ade amik snapshot jalan di sekitar hotel tersebut menggunakan  china punya google map, contohnya http://www.city8.com/. So mudahla skit nak cari.

Van Teksi Biru di Lijiang


*Tips - Gunakan google streetview atau mana2 streetview lain utk anda mengenali corak keadaan tempat tersebut atau utk mencari kedudukan tmpat penginapan sebelum memulakan perjalanan

Alhamdulillah jumpa jugak ngan hotel walaupun kedudukannya di tempat tersembunyi. Lijiang international youth hostel ni ramai foreigner asing yg menginap lama kat sini. Ada yg bekerja sambilan menjadi pekerja kt hostel ni. So no wonder smua org kt sini english die best..

Tapi yg kureng skit, diorang ade bela anjing besa. Anjing tu suka datang hidu 2 kat tepi beg..nadib baik smpat tarik beg tu sblum di jilatnye..

Reception hotel

Tengah check in

lepak sntai kat luar
 Kami booked bilik doublebed (ensuited bathroom) dengan harga 140 yuan @ RM70 rgt semalam.
Memang murah dan berbaloi. Bilik dan bilik airnye luas dan bersih. Ada kemudahan air panas (paling penting) maklumla cuace sejuk. Ade juga kemudahan mesin basuh kalau nak cuci baju sendiri  dan air filter panas dan sejuk boleh didapati next to reception kaunter. Senangla nak makan megi, tak payah nk jerang air bagai.
bilik kami, luas dan katil pun besar.

Makan tengahari awal.

Jam menunjukkan baru pukul 10, perut lapar , so kami decide tuk cari makan pagi. Seperti teman kate tadi, sebelum trip ni teman ada buat research, termasuklah kedai halal kat skitar hotel tu menggunakan street view. So senanglah kami tetapkan arah tuju  kami.  Setelah berjumpa kedai tersebut, kami pun nmpak owner die pakai tudung dan ade bismillah, so confirmlah...terus duduk
Kami x nmpak pun ade ape2 menu. Yg ada rak chiller (bercermin) berisi daging, telur2 dan sayur2.
Owner tu suruh kami pilih kat situ.. Ingatnye style stemaboat, kami pun amik la macam2 sayur ngan lauk.... Rupa2nya setiap lauk yg kami pilih, di buat makan utk 4 org, dan style masak tu die buat masak ape die nak......kami pun redha jela

Sekali smpai kat meja, amik kau, penuh.. siap nasik dlm bowl ngan chopstick.. Dah kire makan tengahari dah ni.....dah la aku tk reti makan nasik pakai chopstick...bowl die pulak cinenot....konfem besepah punyela.

Tu dia lauk punya banyak.

Sbelum makan amik gmbar, padahal muka masing2 gabra nak makan
Black Dragon Pool Park

Lepas dah isi perut, tjuan seterusnya adalah ke Blackdragon Pool Park, bersebelahan dengan Lijiang Old Town. Sebenarnya park ni takla jauh drpada hotel kami. Boleh berjalan kaki. Tapi sbab perut dah penuh, kami naik teksi je. Driver Teksi tu pun charge satu kereta 10 yuan sahaja. Kire oklah tu

Nak masuk Black Dragon Pool park ni kena ada bayar 40 yuan. Old town protection fees katanya. Dah ada resit tu, boleh masuk bnyak kali dlm hari tu. Sesetengah tempat lain pun kena tunjuk resit tu kalau nak masuk.

Masa smpai tu dah tengah hari, cuace pun dah tak sejuk..suam2 je.  Park ni terdapat tasik buatan yg berlatarblakangkan Jade Dragon Snow Mountain dan bnyak bunga terutama musim spring. Yg menjadi tumpuan adalah cherry and peach blossom. First time jumpa tu.  Tasik die besar, penat lah jugak berjalan
Entrance ke Black Dragon Pool Park
Tasik buatan berlatarbelakang jade dragon Snow Mountain
Pokok2 cherry blossom di sepanjang Jalan
Air terjun buatan
peach blossom
Bunga bunga
Lepak minum jus buah

Lijiang Old Town

Dah sejam jalan2 kat dalam smbil lepak makan minum, kitorang truskan berjalan ke Lijiang Old Town, just bersebelahan dengan Black Dragon Pool Park. Lijiang Old town ni adalah di bawah Unesco Heritage.  Kebanyakan bangunan kat sini adalah bangunan lama2, even fastfood2 restoran pun  dalam bangunan lama gak. Sepanjang jalan ada beberapa group2 org menari ala2 poco2.
Town ni memang sesuai utk org tua nk bersara..aman je...


Di hadapan Kincir Air Lijiang Old town

Tangkal2 yg di gantung

bunga2 di sepanjang jalan

Dah nk dekat pukul 3 mase tu, perut dah lapa. So kitorang decide lunch  kat McD. Amik Filet o fish... Takda unsur2 sembelihan dan babi..hehe.. Price McD sini boleh kata Mahal. Satu set  filet o fish 30 yuan ++ , lebih kurang RM15 rgt ..

Di hadapan barisan kedai Fast food
Old Town Di Waktu Malam

Pulang dari Lijiang old town petang tu, kami berjalan kaki ke hotel. Rupenye tak berapa jauh sangat berjalan kaki> Mungkin sebab sepanjang jalan balik tu ada bnyak kedai kiri dan kanan. Sedar2 dah smpai hotel. Ingatnye mlm tu nak masak megi utk dinner. Sebab masing2 dah penat, malas pulak nak masak. Kdai2 makan dah tutup waktu mlm. So kami decide nk makan mcd semula. Tak sangka Old Town memalam begitu ramai orang dan happening.

Di hadapan carved wall

Peniaga kain di waktu malam
cherry blossom di tgah kota

Maka berakhirlah hari pertama kami di lijiang. Keesokannya kami akan berjumpa ngan tour guide kami sharon utk perjalanan kami ke Jade Dragon Snow Mountain. Details saya akan cerita di Part 4 nnti. - Wassalam





Saturday, September 19, 2015

Backpacking Trip 2015 : Yunnan , CHINA ( Shangrila - Lijiang - Kunming - Luoping) Part 2

Assalamualaikum ,  and goodday beb! Ni Teman nak kabo..

Part 1 semalam teman dah kabo sedikit pase lijiang and preparation ke sane. Hari ini teman nak kabo pase journey kami semua start day 1


Day 1 ( KUALA LUMPUR -  KUNMING )

Flight kami berlepas dari kuala lumpur jam 1.05ptg dan mendarat di Kunming Changshui Airport pukul 5ptg. So perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam sahaja. Kami tak purchase on flight meal sbb kami dah lunch dekat klia2 sblum bergerak.
Pemandangan di luar Kunming airport

brgambar di luar airport
 Amik baggage pukul dlm pukul 5.20 , trus ke Surau airport. Terletak dkat dengan cafe starbux ,Surau airport kunming ni mix, lelaki dan perempuan, takde tirai bagai. So muslimat yg nak pakai telekung, pakaila kat toilet.

Wuduk pula kena ambil di toilet. Apa yg bgus, diorang dah sediakan plastic kettle utk kite isi air utk berwuduk yg boleh didapati di dalam surau.

Van Sapu

Selepas selesai solat, dlm pukul 5.40 kami trus mencari van sapu utk ke stesen keretapi. Sebenarnya kita bole saje pegi ke stesen keretapi dgan bus airport. Tetapi di sbabkan kami blum beli tiket lagi dan nk bertolak mlm tu, kami terpaksa cari jalan yg lebih cepat utk ke sana.

Mamat van sapu ni sebenarnya dh usha kitorg awal2 masa klua arrival hall. Klua2 trus je grab kami. English die memg bgus.. Die letak harga CNY200, kami nego2 dapat CNY180.

Nak pegi train station amik masa 30 minit. Tak lama sgt. But diorang drop kami agak jauh dri train station sbb waktu tu org balik kerja, so terlalu ramai org di sekitar station tu

Masalah Komunikasi

Ni merupakan masalah yg paling besar skali. Kami amik masa lama nk beli tiket. Sebab smuanya dalam tulisan cina, tak tau mana yg pegi lijiang, kaunter mana nk pergi

Sblum ni ade baca blog hangnadim. die kate pegi kaunter satu. Malangnya, kaunter satu tutup. kami pun pegi jela mane2 kaunter. Smpai2 kitorang cakap lijiang, amoi kaunter tu tunjuk sebelah kanan kami... kaunter yg mana? die dok cakap cina...haruuuuu

Klua balik... pastu pegi ke kaunter kat belakang (rupe macam kaunter information). Kami pun tnya dlm english... die tunjuk kaunter yg kami bru pegi tadi.... haruuuuuuu

Tgok2 kaunter 1 tadi dah bukak...alhamdulillah... trus kami ke situ... smpai sane, nasib amoi situ boleh cakap english sikit.... die suruh ke kaunter 7..

Sementara kami beratur, bukak internet kat dlm fon, sbb nak mintak mase n seat type yg kitorg prefer.. n tunjuk kt amoi tu...sampai turn kitorg... macam ayam ngan itik la... memula tak paham apa yg die nak kata...rupe2nye, softsleeper yg kitorg idamkan dah habis...kan....sape suruh tak book online
Ni cara kitorg communicate ngan amoi kaunter. Check masa n details kat internet, dan tulis besar2 dalam buku

Then tnye yg lain... yg ada cuma tinggal hardsleeper, katil tengah dan atas... sapu jela...lagipun murah skit...

Korang2 yg nak info pasal train ticket di china boleh ke sini:
http://www.travelchinaguide.com/china-trains/

Dkat web tu ada tunjuk cara nak baca tiket, n cara nak beli smua

Information yg dlm travelchinaguide/train website

 Cara nk baca tiket keretapi

Balai pelepasan

Selepas selesai beli tiket. Kite org pun menuju ke balai pelepasan. Di balai pelepasan tu ada tempat menunggu, dan di kiri kanan terdapat bnyak gate ke serata pelusuk china. Pastikan anda berada di no gate yg betul

contoh gate ke train
Gerabak hardsleeper

Smpai je masa, kami terus cari gerabak kami. No gerabak pun ada di tiket. Punyela jauh sebab tren ni memang bnyak gerabak. Gerabak hardsleeper ni kebanyakan terdiri dari org2 tua dan golongan pertengahan. Yg susahnya, tinggi katil ke katil, muat2 duduk je. Dahla kena panjat, nak letak beg pun susah sbab tempat letak beg tu dkat tepi cermin, di bawah laluan org berjalan..

Start tren bergerak, teman pun duduk le tepi cermin. Ada disediakan small table n couple seat.. leh la lepak2 nk minum... baru dlm stengah jam lepak tepi cermin, datg pengawal keretapi tutup tirai tingkap..... kuangjaq betul... potg stim je... terus aku naik balik katil..layan perasaan sblum tido... nk tido punyala susah.... bayangkan macam dorm...bunyi org bersembang la, ngigau pun ada....yg paling tak tahan...berkahak.........geli wehhh

Lepak tepi tingkap smbil ngunyap
Esok,  teman smbung cite utk hari ke2....