DAY 2 ( Black Dragon Pool Park & Lijiang OLD Town )
Setelah semalaman dlm keretapi, akhirnya kami Berjaya sampai di stesen keretapi Lijiang dlm lebih kurang 6.30 pagi. Utk pengetahuan, Lijiang adalah stesen keretapi terakhir, sebelum lijiang ada beberapa stesen yg keretapi ni berhenti mengambil penumpang
Memang sejuk gile keadaan awal pagi di stesen keretapi lijiang. Cuaca sejuk di tambah angina kuat memang buat teman mengigil.
Setiba di stesen Lijiang |
Beli Tiket Pulang ke Kunming
Setelah pengalaman tiket hampir habis semalam, kitorang plan beli awal . So smpai2 je stesen keretapi, kami terus ke kaunter utk beli tiket pulang ke Kunming. Oleh sebab kaunter tiket buka pukul 8 pagi, so kami lepak dulu kat stesen dan sementara tu kami solat subuh di perkarangan stesen keretapi.
Keadaan awal pagi di luar stesen |
di hadapan stesen keretapi Lijiang |
Ok, tiket semua dah beli, cari teksi nak ke hotel pulak. Di sebelah stesen ni terdapat bnyak van2 bewarna biru, itulah teksi2 lijiang. Fees pun x mahal. Dlm 40 yuan satu kereta
* Tips - Kebanyakan pemandu teksi di lijiang tak pndai english, so print gmbar , map dan nama hotel dlm bahasa cina utk memudahkan kerja pemandu dan anda...
Mencari Hotel (Lijiang International youth hostel)
Sebenarnya pemandu teksi ni pun x penah denga, jumpa hotel yg kami book ni.. Tapi teman tunjukkan map, dan suruh die drop kat situ je.
So bile dah smpai, kami pun mencari hotel tersebut berjalan kaki. Sebenonye, sblum brtolak aritu, teman ade amik snapshot jalan di sekitar hotel tersebut menggunakan china punya google map, contohnya http://www.city8.com/. So mudahla skit nak cari.
Van Teksi Biru di Lijiang |
*Tips - Gunakan google streetview atau mana2 streetview lain utk anda mengenali corak keadaan tempat tersebut atau utk mencari kedudukan tmpat penginapan sebelum memulakan perjalanan
Alhamdulillah jumpa jugak ngan hotel walaupun kedudukannya di tempat tersembunyi. Lijiang international youth hostel ni ramai foreigner asing yg menginap lama kat sini. Ada yg bekerja sambilan menjadi pekerja kt hostel ni. So no wonder smua org kt sini english die best..
Tapi yg kureng skit, diorang ade bela anjing besa. Anjing tu suka datang hidu 2 kat tepi beg..nadib baik smpat tarik beg tu sblum di jilatnye..
Reception hotel |
Tengah check in |
lepak sntai kat luar |
Memang murah dan berbaloi. Bilik dan bilik airnye luas dan bersih. Ada kemudahan air panas (paling penting) maklumla cuace sejuk. Ade juga kemudahan mesin basuh kalau nak cuci baju sendiri dan air filter panas dan sejuk boleh didapati next to reception kaunter. Senangla nak makan megi, tak payah nk jerang air bagai.
bilik kami, luas dan katil pun besar. |
Jam menunjukkan baru pukul 10, perut lapar , so kami decide tuk cari makan pagi. Seperti teman kate tadi, sebelum trip ni teman ada buat research, termasuklah kedai halal kat skitar hotel tu menggunakan street view. So senanglah kami tetapkan arah tuju kami. Setelah berjumpa kedai tersebut, kami pun nmpak owner die pakai tudung dan ade bismillah, so confirmlah...terus duduk
Kami x nmpak pun ade ape2 menu. Yg ada rak chiller (bercermin) berisi daging, telur2 dan sayur2.
Owner tu suruh kami pilih kat situ.. Ingatnye style stemaboat, kami pun amik la macam2 sayur ngan lauk.... Rupa2nya setiap lauk yg kami pilih, di buat makan utk 4 org, dan style masak tu die buat masak ape die nak......kami pun redha jela
Sekali smpai kat meja, amik kau, penuh.. siap nasik dlm bowl ngan chopstick.. Dah kire makan tengahari dah ni.....dah la aku tk reti makan nasik pakai chopstick...bowl die pulak cinenot....konfem besepah punyela.
Tu dia lauk punya banyak. |
Sbelum makan amik gmbar, padahal muka masing2 gabra nak makan |
Lepas dah isi perut, tjuan seterusnya adalah ke Blackdragon Pool Park, bersebelahan dengan Lijiang Old Town. Sebenarnya park ni takla jauh drpada hotel kami. Boleh berjalan kaki. Tapi sbab perut dah penuh, kami naik teksi je. Driver Teksi tu pun charge satu kereta 10 yuan sahaja. Kire oklah tu
Nak masuk Black Dragon Pool park ni kena ada bayar 40 yuan. Old town protection fees katanya. Dah ada resit tu, boleh masuk bnyak kali dlm hari tu. Sesetengah tempat lain pun kena tunjuk resit tu kalau nak masuk.
Masa smpai tu dah tengah hari, cuace pun dah tak sejuk..suam2 je. Park ni terdapat tasik buatan yg berlatarblakangkan Jade Dragon Snow Mountain dan bnyak bunga terutama musim spring. Yg menjadi tumpuan adalah cherry and peach blossom. First time jumpa tu. Tasik die besar, penat lah jugak berjalan
Entrance ke Black Dragon Pool Park |
Tasik buatan berlatarbelakang jade dragon Snow Mountain |
Pokok2 cherry blossom di sepanjang Jalan |
Air terjun buatan |
peach blossom |
Bunga bunga |
Lepak minum jus buah |
Lijiang Old Town
Dah sejam jalan2 kat dalam smbil lepak makan minum, kitorang truskan berjalan ke Lijiang Old Town, just bersebelahan dengan Black Dragon Pool Park. Lijiang Old town ni adalah di bawah Unesco Heritage. Kebanyakan bangunan kat sini adalah bangunan lama2, even fastfood2 restoran pun dalam bangunan lama gak. Sepanjang jalan ada beberapa group2 org menari ala2 poco2.
Town ni memang sesuai utk org tua nk bersara..aman je...
Di hadapan Kincir Air Lijiang Old town |
Tangkal2 yg di gantung |
bunga2 di sepanjang jalan |
Dah nk dekat pukul 3 mase tu, perut dah lapa. So kitorang decide lunch kat McD. Amik Filet o fish... Takda unsur2 sembelihan dan babi..hehe.. Price McD sini boleh kata Mahal. Satu set filet o fish 30 yuan ++ , lebih kurang RM15 rgt ..
Di hadapan barisan kedai Fast food |
Pulang dari Lijiang old town petang tu, kami berjalan kaki ke hotel. Rupenye tak berapa jauh sangat berjalan kaki> Mungkin sebab sepanjang jalan balik tu ada bnyak kedai kiri dan kanan. Sedar2 dah smpai hotel. Ingatnye mlm tu nak masak megi utk dinner. Sebab masing2 dah penat, malas pulak nak masak. Kdai2 makan dah tutup waktu mlm. So kami decide nk makan mcd semula. Tak sangka Old Town memalam begitu ramai orang dan happening.
Di hadapan carved wall |
Peniaga kain di waktu malam |
cherry blossom di tgah kota |
Maka berakhirlah hari pertama kami di lijiang. Keesokannya kami akan berjumpa ngan tour guide kami sharon utk perjalanan kami ke Jade Dragon Snow Mountain. Details saya akan cerita di Part 4 nnti. - Wassalam
No comments:
Post a Comment