Friday, October 9, 2015

Backpacking Trip 2015 : Yunnan , CHINA ( Shangrila - Lijiang - Kunming - Luoping) Part 7

Assalamualaikum ,  and goodday beb! Ni Teman nak kabo..

Sambungan dari part 6..

Tepat pukul 10.30 mlm, kami pun bertolak meninggalkan Lijiang menaiki tren coach softsleeper yg kami beli tiketnye masa kami mula2 sampai di lijiang.

Softsleeper ni katilnye lebih selesa, senyap, bnyak compartmen nak simpan barang. Tapi tiketnye bapak mahal.

DAY 5 - KUNMING CITY

Dalam lbih kurang jam 7.30pgi, tren kami smpai di Kunming. Kami pun memulakan perjalanan untuk ke the Hump Youth Hostel.

     The Hump Youth Hostel, Kunming    

Sebelum bertolak ke kunming, teman dah book hostel ni dekat booking.com. Sebab teman pilih hostel ni,

1. Murah
2. Dkat dengan masjid Kunming ( walking distance)
3. Tgah2 bandar, excessible by public transport

Guna booking.com, lgi bagus dri agoda sebab kebanyakan hotel yg kite book, tk perlu bayar upfront. Kite boleh bayar masa check in. Harga bilik berdua siap toilet dalam RM100 je..

The hump youth hostel ade website diorg sendiri. Website die lengkap tunjuk cara2 nak pegi sana dari airport atau tren station link dia ada disini

 : http://www.thehumphostel.com/english/eym3/ey3.html

So kami pun follow je ape yg diberitau dlm tu, dgan menaiki bas awam. Kunming, pengangkutan bas die sangat eficient. Bas memang banyak. Anda perlu tgok bas no berapa ke destinasi, dan bilang no of stop.

The hump youth hostel ni terletak di tingkat atas, bawah adalah bar dan restoran. Pintu masuk adalah di tengah2 lorong antara kedai. Laluan kecil je. Hostel ni memang penuh dengan foreigner. Kebanyakan adalah backpacker dan orang2 muda. Tak berapa sesuai nak bawak family sebab ada bar dalam hostel ni, bile malam2 diorang ade yg mabuk2.

Rekabentuk dlm bilik memang mcm dalam pagoda. Yg best, dia guna toilet die open concept.
Takda pintu. Malam pula agak bising di kiri dan kanan sebab bnyak restoran2 di sekeliling. Smpai ke pagi bisingnye. Tu sebab die ade ltak earplug dlm bilik.

Tapi yg paling best adalah di laman luar die..view tgah2 bandar, memang cantik dan relaxing

Bilik Harga RM100
Laman luar
Lepak2 smbl minum tgok pemandangan
view kunming city centre dari laman rooftop
The hump youth hostel ni memang sangat traveller friendly. Semua information tentang attraction sekitar kunming dan bandar sekitar boleh di dapati dlm bentuk gmbar dinding, brochure, map..
Anda juga boleh bertanya kepada receptionist yang english very well verse.





      Jinbi Square        

Jinbi square ni betul2 dekat ngan hostel kami. Siapa yang pergi kunming kalau tak pergi jinbi square ni memang tak sah. Kat jinbi square ni ada 2 gate bentuk pagoda. Sekeliling di tanam macam2 bunga. Jinbi square ni salah satu tempat lepak orang2 bandar kunming. Macam2 gelagat ada

Jinbi Square Gate
Bunga2 di sekitar
Cara terbaru nak 'berakkan' anak...macam2 ada

     Kunming Halal Food - Jinbi Square Halal Food Court   


Yang paling best kat kunming adalah Halal Food, boleh jumpa di merata rata. Boleh kata semua jenis benda yg ada logo halal, semua kami nak try...turns out to be mostly not so wonderful...tapi telan jela..haha..

Tiap2 attraction yg kami pegi, mesti ada penjaja2 muslim kat sana. Dekat blakang hostel kami, acrros jinbi square, ade kompleks menempatkan restoran dan food court muslim. Food court die ada yg direct cash dan ade yg kena coupon. Till today teman tak paham beno, how they actually bought the coupon n where to get it. So kami beli yg direct cash, which the food is limited.

Kompleks makanan halal
View dari dalam
Gerai2 makanan....kena pakai kupon
Banyak tu je yg kami beli...riso beli bnyak tak sedap

     Kunming Halal Food - kunming Zoo    

Dekat depan pintu masuk kunming zoo, ada hawker2 jual tepi jalan. Kat situ boleh jumpa muslim jual satay kambing dan mee celup... Ade jugak yang jual buah2 buahan.. black berries die sedap wei..

Lorong depan Kunming Zoo
Gerai jual mee celup
Gerai buah buahan
Nenas
Black berries
     Kunming Halal Food - Berdekatan Masjid Kunming   

 Berdekatan masjid kunming, ada satu lorong khas untuk peniaga2 cina muslim. Terdapat pelbagai gerai dan kedai makan, jual cenderamata dan kain. Lorong ni yang paling happening dan terdapat pelbagai jenis makanan... Nak try semua tapi masa dan duit yang tak mengizinkan..hehe







 Bersambung di part 8 nanti


Thursday, October 8, 2015

Backpacking Trip 2015 : Yunnan , CHINA ( Shangrila - Lijiang - Kunming - Luoping) Part 6

Assalamualaikum ,  and goodday beb! Ni Teman nak kabo..

Bile tengok jam dah nk dekat pukul 12.30 tghari, kami pun turun ke bawah. Rase mcm tak puas lagi nk main salji... n mcm nak panjat ke temple kat atas tu... tapi masa memg tak cukup..sbb dah janji kat rosey, pukul 12.30 jmpa kat bawah.

    Shila Malaysia                                                                                                                                                   

Smpai ke bawah, kami pun terus menaiki van, dan pergi mencari restoran halal di shangrila for lunch. Bile ada rosey ni, senang sikit la.. Die dah tau kat mana nak cari, so tak perlu buang masa ke hulu ke hilir. Restoran kat sini pun takda beza dengan dekat lain2 restoran yg kami makan.. menu dan style masak lebih kurang je..

Masa tgah makan, ade opah tua ni tnya kat kami dari mana. Bile kami cakap malaysia, trus dia cakap.. SHILA.... MALAYSA....lepas tu tunjuk kat tv, padahal tv tu tgah tayang drama korea alihsuara.. Rupenye die nak bgtau die suka kat Shila Amzah... boleh tahan popular gak shila amzah..smpai ceruk gunung pun tau dia..

   Shangri la Monestry.                                                                                                                                          

Salah satu team member kitorg still lagi not feeling well. After lunch, rosey bawak pegi pharmacy. Ada rosey senang skit nak explain sakit apa kt org tu. Org pharmacy tu bgi liquid dlm bungkusan yg pelik. Mcm rupe aiskrim 10sen yg boleh patah dua tu. Bile die minum liquid tu manis..mcm air gula...tapi teman suruh team meber tu telan je.

Kemudian kami terus ke Shangrila Monestry. Monestry ni tempat tinggal dan ibadat sami2 buddha..  Van kami stop kat satu bangunan. Kat bangunan tu kami beli tiket, dan terus ke bas chartered untuk ke monestry tersebut. Kire kereta persendirian tak boleh access ke kawasan tersebut.

Chartered bas ke shangrila monestry
Perkataan Shangri - La di bukit
Sampai di luar kompleks
Di Shangrila Monestry, kitorg kena panjat anak tangga yang banyak untuk ke atas. Di sebabkan team member tdi tk berapa sihat, die tak naik atas. Teman pun temanla die kat bawah. Lagi 2 orang ngan rosey je naik atas.

So teman jalan2 kat bawah tu jela.. Kiri kanan nmpak bnyak style sami2, ade yg kecik, besa, tua muda.. dah rase mcm dlm cerite shaolin kungfu pulak.

Lagi 2 org kat ats tadipun tak dapat masuk dlm temple sebab di larang bawa kamera. So diorang just amik pic dari atas

Org di sini ada juga menternak binatang, contoh itik, kambing dan baby..hehe.. So berhati2 skit la jalan tu, takut terpijak najis2 binatang..

Tangga naik ke temple
Sami kecik n sami besar

Gate utama
Di sekitar kompleks
Tasik di hadapan kompleks

    Shangri- la Old town                                                                                                            

Masa dah nak dekat pukul 4, maka kami pun cepat2 ke destinasi terakhir kami di Shangrila, iaitu shangrila old town. Sbnarnya banyak lagi tmpat yg boleh pegi, tapi sbb kami ada masa smpai mlm tu je, kami terpaksa shortkan trip kami. Shangrila old town tak la besar mcm lijiang old town.. Kami sekadar turun kat dataran utama pekan tu.

Dekat dataran tu, banyak orang pegang anjing tibet ngan yak putih. Sesiapa nak bergmbar ngan binatang2 tersebut, boleh baya 20yuan, siap gmbar di cuci sekeping.Tibetan dog tu sangat besar...tak penah jumpa anjing besar mcm tu.. ingat nk ambik gmbar saje, tapi diorang tak bgi..kalau nak, pakai kamera diorang n bayar 20 yuan siap cuci..

Sebab kami tak berani duk sebelah anjing tibet tu, takut kena samak, kami bergambar dengan yak putih. Yak putih amat jarang di dapati kat sini. Selalunya, yak biasa ( hitam) diorang ambil daging dan bulu. Manakala yak putih ni sebab die rare, so diorang buat mcm tourist attraction utk tambah income.
Sekitar dataran old town shangrila
Tibetan dog
Naik atas yak putih..kene bayo
Jangan bimbang, boleh peluk yak ni.. bulu dia bersih, gebu..walau nmpak coklat2 skit.. dan passive sangat...muka die pun tgok muka penat je...sian pun ade...

Then kami pun teruskan perjalanan balik ke hotel kami di Lijiang yang menambil masa 3 jam, sblum memulakan perjalanan perjalanan pulang ke kunming dengan keretapi jam 10.50 mlm tu.

Sekian, kite sambung part 7 nnti...



Monday, October 5, 2015

Backpacking Trip 2015 : Yunnan , CHINA ( Shangrila - Lijiang - Kunming - Luoping) Part 5

Assalamualaikum ,  and goodday beb! Ni Teman nak kabo..

 Selepas sahaja makan malam dlm pukul 6 di TGL, kami meneruskan perjalanan selama 2 jam ke Shangrila. Salah sorang rakan trip mula berasa pening. Rosey kata mungkin kerana altitude difference dan akibat kepenatan dari hiking trip kami. Alhamdulillah yg lain still ok, cuma penat.

Sesudah sampai di Shangrila, keluar sahaja dari van, masyaallah, sejuk sangat2... kami cepat2 masuk ke hotel. Nama hotel tu Tina hotel. Rosey yg book kan. Lobby die kecil je, serupa budget2 hotel.
Lepas check in, terus masuk bilik.

Masuk2 je bilik terus teruja.. tak macam budget hotel langsung, serupa 3 star hotel... TV dia ada mcm2 movie, die macam satu storage/hdisk besar , yg ade banyak movie dlm.. Bilik air perfect, ade heater, sabun, syampu.. Yg paling buat teman teruja, lantai die...panas beb.... ada heater bawah lantai.. dan yg paling best, harga die dlm RM70 semalam!!..mane nk dapat beb

Malam tu aku tk boleh tido sangat walaupun penat... end up aku baring atas lantai die yg suam tu smbil tgok movie

Tina hotel dari lua

Perkarangan hotel, pekan shangrila

Bilik kami book  (RM 70)

Reception
DAY 4 ( SHANGRILA)

Pagi tu sebelum meneruskan perjalanan, kami breakfast roti kosong dan hot chochalate sahaja. Sorang dlm Rm4. Chocolate die tawar..ermm...roti kosong ngan coklat tawar memg tak masuk...tapi tu je yg kire halal..so makan jela
Kami terus packing sebab petang tu akan terus balik ke lijiang dan trus ke tren station utk balik ke kunming mlm tu.. So that day is our last day kat shangrila - lijiang

Kami terus menghala ke Shika Snow mountain. Shika snow mountain tak berapa jauh dari bandar shangrila. Perjalanan ke sana mengambil masa 20 minit. Dlm perjalanan, pemandangan padang rumput kering, dan terdapat banyak yak2 berkeliaran di sana sini...  Yak adalah binatang ternakan di sini. Ia macam gabungan lembu dan kerbau dengan bulu yang panjang dan lebat. kami ada stop by skejap utk ambil gmbar.

Di belakang, yak2 meragut rumput kering


Shika Snow mountain

Setelah smpai berdekatan station cable car, teman sedikit hairan kerana kawasan tersebut lengang. Berbeza dengan di station cable car Jade dragon yg mana orang ramai beratur panjang ngan ambil masa dlm 1 jam , baru boleh dapat naik. Rosey bgtau yg Jade dragon snow mountain park terlalu ramai orang sebab terlalu di komersialkan serta jaraknya yg dekat dengan lijiang, yg transportationnya lengkap.

Sebelum naik ke station, terdapat kedai di bawah yg menawarkan sewa baju sejuk dan oksigen tank. Teman rasa, memang perlu sangat2 dua benda ni dekat atas sana, terutama sekali oksigen tank. Bila dah naik atas cable car, teman ade rase pening2 skit dan semput sbab altitude makin tinggi, bile sedut oksigen tank tu, baru rasa ok. Walaupun kami ade winter coat sendiri, ternyata tak cukup sebab kat atas tu, sejuk dia di tambah dengan angin kuat.. so sejuk 2 kali ganda

* tips: Beli oksigen tank dekat kedai2 di bandar kerana di sana lebih murah. Beli oksigen tank yg besar dan jangan berkongsi kerana 1 tank besar tu cukup2 utk seorang, especially yg tak pernah naik altitude tinggi


So, refer dekat map di atas, ada dua route cable car.
1: Lower station - Middle station

Di middle station, kita kene keluar.. then kalau nak lepak jap sebelum naik cable car seterusnya ke atas, korang boleh jalan2 dekat Jie Sheng Grassland.

Jiesheng Grassland ni luas, kami tak larat nk jalan jauh2.. pegi sekitar cable car station tu je. Kalau yg ade nafas dan time lebih , boleh explore Jie sheng grassland , smpai ke ling xi lake...bile tengok google, memang lawa kawasannya. Rosey kata, grassland ni paling lawa waktu summer dan autumn. Summer boleh nmpak rumput2 hijau, yak2 berkeliaran serta rare flowers.

Cable car dari bawah
Sekitar Jie Sheng grassland

view grassland dari atas

Bile summer, padang2 ni akan menghijau dan mengluarkan bunga2 liar

Oksigen tank besar ni cukup2 utk seorang

Di belakang cable car route middle - top
2: Middle station- top station

Untuk terus ke top station, kome perlu keluar dari middle station dan terus ke station sebelah. Station sebelah akan ada route cable car dari middle ke top.

Bile dah naik second route menghala ke top, lagi jelas nampak salji yg bertimbun2. Tak sabo teman naik pegang salji... jakun la katekan...

Bila dah turun kat stesen paling atas, anda akan terus masuk satu area di mana terdapat kiosk jual makanan (kebanyakan megi segera n jagung panas) dan minuman

Melaui area tu, ada dua jalan keluar ke walkway, belah east and west. Belah west  walkway, pintu dia ke dalam skit, lepas kiosk. Manakala belah east walkway, pintu keluar betul2 kat pintu masuk ke kiosk area. Takda beza dua2 walkway ni, cuma east walkway ni lebih dekat skit utk ke temple ke puncak.

Memang keluar2 je ke walkway, angin sangat kuat,...tapi tak constat...kadang2 je... memang sejuk gile2.. mula2 tak tahan, then masuk balik.... kuatkan semangat klua jugak.. lama2 skit dah biase.

Kami tak daki walkway tu smpai temple...sebab semput... kelua jauh sikit je, pastu patah balik masuk kiosk area tu sebab sejuk sangat.

West walkway. Yg macam dorm tu adalah kiosk area. Walkway belash sana adalah east walkway menuju ke temple

Orang jakun first time jumpe salji kepul
Pemanas rupe cam kipas. Panaskan tangan lepas dah pegang salji kepul

Lepak dkat kiosk area smbil isap vape, eh tak, oksigen tank
Seterusnya, smbung part 6