Sunday, December 13, 2015

Backpacking Trip 2015 : Yunnan , CHINA ( Shangrila - Lijiang - Kunming - Luoping) Part 9

Assalamualaikum ,  and goodday beb! Ni Teman nak kabo..

 DAY 6 - LUOPING COUNTY

Hari ke 6 di Kunming, kami memulakan perjalanan kami.. hunting for canola sea of flowers. Memula kami tak plan nak kesini. Terjumpa post 10 beautiful places must visit iaitu luoping, dan secara tak langsung kami pun baru plan nak pegi kunming. Post kat backpackers buddies di FB tanya sesiapa yang pernah pergi.. Sorang pun xde jawab... Cari dalam blog pun xda..so memang aku rasa akulah antara beberapa shaja umat melayu yang akan pergi kesana. Memang risau pon ada. Guide aku hanyalah dengan beberapa blog mat salleh dan tripadvisor..

So perjalanan kami bermula dengan menaiki teksi ke stesen East Bus Station Kunming. Di kunming ada 3 bus station utama. Kunming Central, Kunming East and Kunming West. Untuk ke Luoping anda perlu ke kunming East bus station. Jarak masa antara kunming City ke bus station mengambil masa dalam 30 minit. Cost dlm CNY 60


Bas ke Luoping adalah Sejam 1 bas seawal 7.30 pagi.  Kami terus ke kaunter 1 dan beli tiket pergi sahaja. Untuk pengetahuan, kami sudah beli tiket balik semasa di stesen keretapi kunming sebab kami plan naik keretapi untuk pulang ke kunming. Sebabnya, bas terakhir dari luoping ke kunming ialah pukul 5.30 petang. Kami risau tak sempat nak kejar bas 5.30 tu nanti. So kami beli tiket keretapi luoping  ke kunming pukul 7.30 mlm. Estimated sampai kunming nanti dlm 10.30 malam..

Bas ke Luoping memang sharp. Kami naik bas 9.30 pagi. Cost tiket CNY 75 seorang.  Tapi bas ni memang lembap.. bolehlak berenti amik barang2 orang pos sepanjang perjalanan.

Sedang menaiki bas ke luoping
Perjalanan kami melalui kawasan stone forest yang kami tak pergi sebab mahal..hehe....tapi dapat lalu pun jadila.. batu batan je kut... Sepanjang perjalanan, view tak la cantik.. melaui kawasan2 perindustrian yang berdebu.. ermm....baik tengok tv je walau tak paham

Kawasan stone forest yang kami lalu
Setelah 3 jam .. bas kami dah masuk kawasan luoping... anda boleh rasa anda dah masuk kawasan luoping kerana bentuk muka bumi kat situ lain skit...die berbukit bukau.... teman cube carik kalau nampak2 sea of canola flower.... tapi yang kami nampak, hanyala bukit2 hijau... sehingga la kami smpai di pekan kecil di mana kami akan berhenti di situ

Smpai di stesen luoping kami berjalan sedikit di hadapan. Kat situ teman dah mati akal, macam mana nak ke jinji ling.. kawasan stop untuk canola... so teman terjumpa pakcik rupe mcm guard sbab berpakaian seragam, tunjuk map luoping dan jari saya menunjukkan jinji ling dan air terjun jiulong..

Orang tua tu mengangguk dan terus bawa kami ke van2 kecil yang parking di sebelah. Die pun borak2 ngan driver van smbil tunjukkan map kami..smbil mengangguk ok..

Kami pun naik van tersebut.... Sepanjang perjalanan kami nampak hanya sekelompok kecil bunga canola di sana sini.... tapi driver van tu tak jugak2 berenti.... kami panggil die tunjuk isyarat ambil gmbar... die kata tak boleh.......ermmm...cmna la nk tgkap gmbo ni...

Sehinggala smpai kami ke jiulong waterwall... bengang betul ngan driver ni, tak nak stop2... Oneway trip kami dikenakan CNY 120... memang mahal dek non

     Jiulong Waterfall    

Masuk ke kawasan Jiulong Waterfall ni, kami rasa semacam..... memang sunyi sepi...pengunjung boleh bilang ngan jari. Park die memang tak di jaga ngan bagus sebab naik lalang.
Masuk park ni di kenakan entrance fee CNY 95 seorang.... yup memang mahal... tak setaraf dengan park die yang takde maintenance

View lepas entrance.

Sepanjang walkway ada penjaja di kiri dan kanan
Lepas dari entrance, kami terus ke cable car untuk ke puncak bukit bagi melihat view jiulong waterfall dari atas. Ada papan tanda utk membawa kami ke stesen cable car. Setelah 15 minit walk kami pun smpai ke stesen kereta kabel... Rupenye nak naik cable car tu bayarannye lain pulak ye... ermm.. tensen..dah la entrance fee punye mahal...naik cable car pun bayar gak.. CNY 50.. mahai...nak wat cmne, dah smpai...kalau tak naik rugi datang jauh2

Kereta kabel ke puncak bukit
Smpai2 di stesen atas , boleh nmpak view jiulong waterfall dari jauh.. Keluar2 stesen ada walkway ke atas lagi... jauh jugak menapak dan tinggi.

View Pekan kecil luoping dari stesen cable car

Wakway menuju ke waterfall... memang penat sebab naik turun bukit

Dari jauh dah nmpak waterfall semakin dekat... Memang cantik....mcm dalam gambar

Setakat ni, ni airterjun paling cantik pernah aku tengok

Lepas dah snap2 gmbar, kami lepak2 kat pondok di viewing point... makan bekal sandwich yg kami buat earlier... lepas stengah jam lepak, kami pun turun balik..

Kami balik menggunakan van lain.. kat situ banyak van yg menunggu tourist... so takyah risau transport nk pulang.. Kami bargain jugak ngan uncle tu..kalau dak memang mahai..

Kami masih tak puas hati lagi tak dapat snap gmbar canola.. So on da way ke stesen keretapi, kami mintak uncle tu brenti nak amik gmba... mujurla die berenti...sempatla nk merasa pegang canola


Canola Yang kekuningan

Walaupon x dapat tengok bukit bukau yg kekuningan, dapat secopet pun jadila
 Canola ni pokok die tinggi.. kami panjat tebing tinggi sikit nak nmpak timbul..  Dah snap2 dlm 15 minit... kami continue ke stesen keretapi..

Stesen keretapi luoping
Ada satu insiden di mana sekumpulan polis datang lengkap bersenjata menyoal siasat kami semasa di stesen. Ini mungkin kerana ada orang yg report sebab nmpak kami solat kat tepi stesen . Orang2 kat situ memang pelik, tengok kami pandang atas bawah..



                            










Backpacking Trip 2015 : Yunnan , CHINA ( Shangrila - Lijiang - Kunming - Luoping) Part 8

Assalamualaikum ,  and goodday beb! Ni Teman nak kabo..

Dari part 7 teman dah cerite pasal halal food yg mudah didapati di Kunming. So plan for the first day adalah round2 Bandar Kunming. Kerana masa yang limited, kami skip daguan park sebab die jauh skit dari Bandar.

     Yuantong Temple    

First tempat yang kami lawati adalah Yuantong Temple. Kami ke sini dengan menaiki teksi sebab kami tak berapa terror nk naik bas masatu.. Dlm  10  minit kami dah smpai sebab dia di tengah2 bandar. Teksi dlm CNY 30 .

Bagi yang tak suka tengok patung2 Buddha dan bau2 asap colok, this is not the place for you. But patung Buddha die x banyak sgt.. Cuma bau colok kat situ sangat kuat..

Kat sini pon boleh jumpa beberapa pokok cherry blossom.. Entrance ke temple ni adalah CNY 6

Entrance
Tugu apa tah
temples and bridges

      Kunming Zoo    

Bersebelahan dengan Yuantong temple adalah Kunming Zoo. Hanya berjalan kaki ke sini. Kami ke kunming zoo adalah dengan harapan dapat melihat panda ... tapi hampa.. taktaula depa sorok tang mana.. Zoo kunming ni agak pelik sikit sebab dalam zoo tu bukan hanya ada binatang, funfair pun ada, taman bunga pun ada.. tapi binatangnye sikit je..nak panggil zoo pun mcm tak sesuai..

Melihat kepada binatang kat sini, memang kesian... macam tak di jaga dengan betul dan tak di beri makan.. kurus2 binatang kat sini dan ada yang bulu dan kulit dah botak...

Tapi dalam kunming zoo ni ada cherry blossom yang lain skit dari tempat lain.. lawo sikit.. kalau datang sini dalam bulan 2, ada walkway penuh dengan cherry blossom... masa kami pegi kebanyakannya dah kering. Di luar kunming zoo ni terdapat banyak gerai makanan seperti yg teman dah post dalam part 7. Entrance fee sorang adalah CNY 15


                               
             


      Greenlake Park    

Lepas lawat kunming zoo, kami isi perut dekat gerai2 luar... makan mee tarik... macam biase, orang2 kat sini suka buh chili flakes...then makanan diorang berminyak... tapi nak buat camne, layan jela... kalau tak merasa makanan sana tak travellinglah namanye..

Singgah makan mee tarik
 So next plan adalah ke greenlake park... Greenlake park ni dengan kunming zoo adalah dalam 10 ke 15 minit berjalan kaki. Anda akan melaui deretan kedai...so tak rase lame nk berjalan..

Direction: keluar2 zoo, jalan terus melalui gerai2 makanan kiri kanan,  then turn right, jalan melalui barisan kedai2.. terus je dlm 10 minit, anda akan nmpak tasik... itulah greenlake park

lepas keluar pintu zoo, jalan melalui gerai2 ni.. sampai depan tu, belok kanan dan jalan terus.

Map dari kunming zoo, ke greenlake park.

Sampai2 je greenlake park, hampa sebab tak sempat tgok tulip... pokok2 tulip semua dah mati.. so i guess musim bunga dekat kunming ni memang awal dan singkat.. kami pun dah merasa bahang panas semasa di kunming ni.. diorang kata summer sini boleh cecah 40 ke atas. Tu sebab anda boleh nmpak orang cina sini gelap2..

Pada kami greenlake park takde yg menarik sangat pun.... lawa lagi blackdragon pool park kat lijiang... maybe sebab dah nak masuk musim panas.. Yang menariknya, kat sini ada banyak group2 atuk2 and opah2 menari poco2,,haha... satu group bawak diorang punye radio sendiri... patutla orang china ni hidup lama..

Tembok sepanjang tasik
Cherry blossom yg masih ada
Opahs and atuks poco2
Jalan2 sekitar greenlake park ni terjumpa lak kedai pastry halal.. singgah la jap..harga usah cite la..memang mahai...

Breadworks ..halalan toiyyiba