Sunday, November 17, 2013

Asal Usul Opah teman

Assalamualaikum and Goodday Bebs... Ni Teman Nak kabo..

Nak jadi cerite, Hari Raya puase yang lalu,...semua adik beradik mak aku buat pertama kali berkumpul dengan semua orang ade di sane... Adik beradik mak aku semuanye 14 orang.... Biasela orang lame power beb... Sekali berkumpul..memang dah tak muat rumah kampung tu...smpai ceruk bilik air pun boleh hampar toto...

Opah aku...

Opah aku (opah dalam bahase perak, panggilan untuk nenek / wan) name die Tiah bt Mansor.... aku pun tak berapa mengenali latar belakang opah aku ni. Yang aku tau, die ni umur dah 83, dan banyak cakap...opah aku dulu seorang perokok daun tegar..hahaha... Tapi semenjak arwah tok meninggal...die dah stop merokok.. takde geng kot..

Adat 'Bersoreh'

Selalu mase kitorg beraye, mak aku ngan adik beradik selalu pergi raye rumah sedare mare di Bagan Datoh Perak .. yang aku perasan, bile je jumpe sedara mara , diorang suke sangan 'bersoreh'.. Bersoreh ni maksudnye kait mengaitkan antara satu sama lain ....kait mengait hubungan darah la maksudnye...orang ni sedare orang ni...kawin pulak dengan orang ni....dua pupu lak kepada orang ni.... last2 semua tu end up dalam satu loop ......interesting bukan...tau2 kite kawin ngan sedare mare jugak..

Bile benda bersoreh ni jadi satu tradisi, maka pak sedare aku buat satu project menjejak sedara mara dan mengkaji asal usul famili belak opah aku...

Dan setelah tiga tahun punya research , maka die bentangkan research die tu dekat adik beradik semua pada malam raye lepas...

Agak interesting sebab kite tak menyangke yang keturunan kite kutuk2 dulu...adalah keturunan kite sendiri...
Korang dapat agak asal usul aku melalui  carta aliran keturunan Opah aku di bawah ni... Tapi, di sebabkan jatuh sebelah mak dan opah....pertalian darah tu tak kuat...ikut adatnye, aliran keturunan yg kuat adalah mengikut sebelah lelaki..


Klik utk paparan Jelas

Siapa Daeng Selili

Siapa Daeng Selili? Tah, aku pun tak kenal...takde pon masuk buku sejarah...tapi datuk maharaja lela memang ada dalam buku sejarah.. So bile search dekat google jumpelah wikipedia pasal Daeng Selili di sini

Berikut adalah petikan wikipedia

Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Tak Bertanya merupakan seorang putera Raja dari Bugis Melangkae, Sulawesi) yang datang ke negeri Perak pada zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III(1728-1752).
Nama Daeng Selili adalah bermakna saudara di daerah Selili, Samarinda, Kalimantan Timur. Maka dari situlah gelaran Daeng Selili diperolehi, ini beerti itu bukanlah nama sebenar beliau, Ia adalah panggilan mesra di kalangan anak-anak kapal beliau. Identiti yang sebenar amat dirahsiakan kerana beliau merupakan musuh yang paling dikehendaki dan menjadi buruan utama Belanda kerana kerosakan maksimum yang dialami oleh kapal-kapal perang dan dagang mereka hingga dilabel sebagai lanun. Ini terbukti berdasarkan propaganda itu amat berpengaruh hinggakan orang awam di zaman itu dan hingga kini yang tidak berkaitan pun turut sama menggelar bugis sebagai lanun .[perlu rujukan]Strategi ini penting bagi mengelakkan ancaman pembunuh upahan belanda/Inggeris.
Beliau adalah dari suku Buqis Jong (Bugis Kapal), yang mewarisi kerja-kerja berdagang dan pelayaran jauh dari keturunan Ratu Balqis dan Raja Sulaiman . Manakala ayahnya La Mata Esso Arung Peneki bin Sangkuru Mulajajie Arung Peneki Mula Sellengnge Arung Matoa Wajo XII ( 1607-1610 ). Ibunya, Tenri Angka Arung Singkang atau lebih dikenali Ratu Sedinding binti La Pettawareq Matindro ri Luwuk (Sultan Muhammad Wali Muzahir Ad-din) bin La Madusila Matinro ri Soppeng, mereka telah menjalankan aktiviti perdagangan tradisi diraja secara besar-besaran khususnya untuk komoditi rempah-ratus, kemian, alat ketukangan besi dan lain-lain. Hubungan perdagangan tradisi dan purba ini adalah di antara Hadramaut di Yaman sehingga ke Melangkae, Sulawesi.

Maka disebabkan itu, tidak hairanlah Daeng Selili dan bangsanya mempunyai kemahiran navigasi maritim yang tinggi berbanding dengan suku tana Ugi yang lain. Malahan angkatan armada laut beliau turut mendapat kepercayaan atau bantuan oleh Sultan Kerajaan Turki Uthmaniyyah bagi mengawal ancaman lanun-lanun Belanda, Portugis dan Inggeris khususnya di laluan perdagangan laut India, Nusantara dan Laut Champa atau dikenali sekarang sebagai Laut China Selatan...

Ape yang aku pelajari dari sini?

1. Jangan kutuk keturunan orang lain..kemungkinan kite pun keturunan yg sama
2. Manusia walau berpangkat manapun , akhirnya akan mati sebagai orang biasa.. mati pun mungkin tak berkubur
3. Keturunan tak menjanjikan kelebihan kehidupan seseorang dan tak menjanjikan kehidupan yang baik dan selesa buat seseorang





1 comment:

  1. Assalam...carta dari pandak lam ke daeng selili...ada 5 tapis lagi...yeop

    ReplyDelete