Perjalanan Balik Ke Medan
Hari ke 3 tu, aku bgun seawal 5.30 pgi, sbb 6.30 pgi kena bertolak dah.. nak kejar feri pukul 7.. Bgun2 terus masuk bilik air...pasang air paip.......sejuk ya amat..... rupenye, diorang tak on heater lagi... Pukul 6 baru diorang on kan.. Aku pon gosok gigi dan mandi kobau jola... Habis solat terus grak bini aku dan gerakkan parents aku..
So kitorang manage klua 6.30 pagi....snap2 skit gmbar, blah trus... dah pukul 6.50, tak smpe smpe lagi ke jetty, yela..jalan kat tuk tuk tu kecil ya amat...susah nk speed... smpai ngam2 kul 7 kat jetty.... keta adela sebijik dua...feri pun tak bukak pintu lgi...eh, penat je klua awal... Dalam kul 7.20 brula ferry tu grak...kereta dlm pun sikit je...
Smpai di Parapat, breakfast kejap, dan terus continue ke Medan melalui permatang Siantar
Kedai Biskut Kekacang dan Restoran Lauk Burung
Perjalanan ke Medan dari Parapat mengambil mase lebih kurang 5 jam. Tapi sebab ade singgah2,buat journey tu lama la lagi... first persinggahan adalah di Kedai biskut berasaskan kekacang bernama Paten
Tak ade pape interesting sangat pada biskutnye..cam biskut kacang biase je.. 1 kotak= Rp 20 000 = RM 5.60
Dah shopping, sambil singgah buang air, kitorang terus ke restoran menjual lauk daging burung iaitu Restoran Surya Baru... bapak aku sangat looking forward nak makan daging burung punai dan ruak2... dah lama tak makan daging burung katanya...... Sampe2, hampa....tak bukak lagi.... dia bukak pukul 11 sedangkan kami smpai kt situ 10.40pgi...sbab malas nk tunggu, kitorang pun teruskan perjalanan ke medan, smbilsinggah makan di restoran minang.... minang lagi.......
Istana Maimun
Dlm pukul 3.30 ptg, kitorang smpai ke Bandar Medan dan destinasi pertama di bandar medan adalah Istana Maimun. Sedikit info pasal istana maimun dari wikipedia:
Istana Maimun adalah istana kebesaran Kesultanan Deli dengan warna kuningnya (kuning merupakan warna kerajaan Melayu) dan khas gaya seni bina Melayu di pesisir timur. Ia merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Medan, ibu kota Sumatera Utara, Indonesia.
Istana ini sebenarnya dirancang oleh seorang arkitek Itali dan disiapkan pada tahun 1888 semasa pemerintahan Sultan Makmun Al Rasyid Perkasa Alamsyah. Ia mempunyai keluasan 2,772 meter persegi, dan mempunyai 30 bilik. Binaan Istana Maimun menarik minat ramai pelancong kerana ia mempunyai binaan yang dipengaruhi pelbagai kebudayaan, dari kebudayaan Melayu, Islam, Sepanyol, India, dan Itali.
Ketika ini istana tersebut masih didiami oleh keluarga–keluarga sultan.
Semasa smpai di istana ni kitorang di sambut oleh pemuzik zapin membawa lagu cindai ..dan seorang tourist guard, tak ingat nama die...terus datang smbut kami...tgok orang lain xde pun die smbut...barangkali sebab aku hold DSLR kot...
So die bawak kitorang masuk kedlm istana.. dengan iringan muzik cindai tadi.dan view pintu masuk..suasana mase nak masuk istana tadi membangkitkan enviroment yg sgt overwhelming....tudiaaa...nudiaaa
Senibina dalam dia memang lawa , dan terdapat tempat pertabalan raja serta perabot serta gmbar2 klasik di sekeliling ruang.. Tourist guard tadi dengan memakai songkok nye, bawak kitorang pergi ke satu2 gmbar yg terdapat di dinding istana tersebut.. Gmbar2 tersebut merupakan gmbar2 keturunan di raja Deli... Dan terdapat juga raja2 melayu seperti Raja Abdullah dari perak ,datuk sultan mizan terengganu dan datuk sultan johor sekarang... Rupa rupanya raja tersebut, ada yang berasal dari keturunan di raja Deli dan ada yg mempunyai pertalian persaudaraan..
Cara tourist guard tadi menceritakan hubung kait keluarga di raja malaysia dan keluarga raja Deli memang sangat menarik serta berinformasi.. Ada yang tak terdapat dlm buku sejarah kita.. Sebelum ni aku ada bercerita pasal asal usul Opah aku di sini iaitu keturunan Daeng2 dari kerajaan Bugis, sebenarnya juga mempunyai pertalian darah dengan keluarga di raja Deli melalui perkahwinan..
Tourist guard tadi jugak tolong tangfkapkan gmbar2 kitorang and not bad dia tangkap gmbar. In the end, aku tnya die " Berapa feesnya pak" , die bgtau ikut seikhlas hati... "Aku pun huluran Rp 100k.. He's worth it, it or more than that... tak menyesal pun kelua 30rgt bgi kat die.....sblum tu, masuk tadi di kenakan Rp 3k sorang.
Tourist guard ( tengah2) n my family..
Mesjid Raya
Then, kami bertolak ke Masjid Raya yang hanya beberapa blok dari Istana Maimun. Kami sempat turun utk bergambar, tak sempat nk solat tahyatul masjid sebab kejar masa nak ke Pasar Ikan yg akan tutup jam 5..
Masjid ni di bina pada tahun 1906 dan di 'design' oleh arkitek Belanda, Van Erp. Kawasan kaki lima masjid di pasang tiles bewarna putih. Mase aku masuk ke kaki lima mesjid, ade budak2 datang menawarkan khidmat cuci kasut... Hmm, kasut aku pun tak pernah nye bercuci...elok sangat lah tu... Bile tanye, diorang kate ikut suka nk bayar .. Aku pun bgi Rp10k..
Sambung seterusnya di Part 5, final part..
No comments:
Post a Comment