Friday, September 18, 2015

Backpacking Trip 2015 : Yunnan , CHINA ( Shangrila - Lijiang - Kunming - Luoping) Part 1

Assalamualaikum , salam GST and goodday beb! Ni Teman nak kabo..


Lama beno tak update blog teman. Feel like not typing. Anyway nak share our backpacking experience to Kunming , Lijiang , luoping, Shangrila

Post sebelum ni teman ade kabo pase nk pegi Hangzhou...Well its all kensel mat saleh kate.. pasenye.. ghege tiket ketebang dah naik.. mahe bebeno...

Jadi teman kate, tak boleh jadi ni, nak jugak teghobang tahun 2015 ni... Sekali airasia promo daaa....  Tgok tgok mane le tiket2 yg teman ghase mampu..... tuptup..gi Kunming return tiket RM 4++..

So teman tak berape excited nk pegi Kunming ni, teman sebenarnye excited nk pegi sini..


Tuan2, this is Jade Dragon Snow Mountain di Lijiang... di sebabkan international airport paling dekat ngan lijiang adalah Kunming international Airport, so kami belila tiket ke kunming...

Sedikit Info pasal Lijiang

Lijiang terletak di barat tenggara China, di dalam Yunnan province di mana ibu negeri Yunnan adalah Kunming. Lijiang dan Kunming di hubungkan dengan laluan jalanraya, keretapi dan flight.



Preparation Sebelum Nak Ke Kunming

Musim         - Sebelum nk beli tiket, check dulu bulan yg kite nk pegi. Penting sbb nak tentukan jenis pakaian sesuai, traffic ngan hotel availability. Berikut adalah musim2 di lijiang mengikut bulan.

  • Late Novembreto Early February : Winter
  • Middle Feb to Late April : Spring
  • Early May to Late August: Summer
  • Middle August ke Early Novembre: Autumn 
 Tips: Elakkan 1 minggu sebelum dan selepas Chinese new Year sebab masa tu hotel, transportation semua penuh dan fully booked. For spring in Kunming, better go late february.

 Visa            - Ok, visa china is a bit complicated. Dia ada single entry or multiple entry.  Teman pick yg paling mudah, single entry. Masa teman buat jan lalu, total dlm RM7+, skarang dah naik. Tempat buat visa ni adalah di Wisma Hampshire jalan ampang. Boleh pegi ke page ni nk tau location ngan fee dan apa yg nk isi. Nak pegi sini senang je, naik putra lrt laluan ke gobak, turun kt stesen ampang park. Then jalan kaki je. Ofis dia di bangunan belakang bank of china. Sini link website die utk tahu lebih lnjut

http://www.visaforchina.org/KUL_EN/aboutus/264483.shtml

Tips: Sebelum pergi ke pusat proses visa, prepare benda2 berikut
  • Salinan IC
  • Salinan passport (mesti valid 6 months sebelum nk berlepas)
  • Salinan itenerary flight
  • Salinan booking hotel *thats y u need to book hotel online
  • Gambar 2 keping
Bawak pen sendiri, senang and boleh wakilkan utk kawan.

Hotel         - Utk lebih senang, book hotel lebih awal (Agoda, booking.com, hostel world). Dan check samada receptionist boleh berbahasa inggeris ( baca ruangan review , tourist slalu ada mention)

So kami booked Lijiang international youth hostel. Memang puas hati
  • amenities lengkap
  • Murah, RM70 ringgit semalam
  • Receptionist sangat friendly  ngan english diorang ok
  • Yang penting, dekat ngan kedai 2 dan kedai makan muslim
  • 5 minit berjalan ke Lijiang Old Town
  • Bersih


Tiket Train - So utk ke lijiang, kami memilih utk menaiki train dari kunming train station. Sebabnye :
  • Murah 
  • Boleh overnight (tak perlu nk book hotel)
  • Selamat
  • Senang nak buang air
Jarak perjalanan Kunming - Lijiang mengambil masa 9 jam. So kami amik ticket malam. Senang, naik2 tido, besok pagi dah smpai....tadaaaaa

Ok, cara nak beli ticket ada 2

1. Online
  •  Mudah
  • Tak perlu nk beratur dan takda masalah bahasa
  • confirm dah ada ticket
  • Mahal (agents akan charge dlm 50 rgt + harga ticket per person)
 2. Kamikaze(beli kat sana)
  •  Murah
  • Beratur dan terpaksa memahami mandarin sebab english diorang zero. 
  • Tak tentu ada ticket

Jenis ticket keretapi pulak ada 3 jenis
  • Duduk- Paling murah tapi patah pinggang
  • Hard sleeper (katil tiga tingkat) - Boleh tidur, sempit , mcm dorm
  • Soft sleeper - Paling mahal (kabin katil berempat, paling selesa)
*Tips: kalau nak murah skit dan selesa, amik Harsleeper katil paling bawah. Beg anda boleh diletakkan di bawah katil dan tak perlu memanjat

Seat

Hard Sleeper




Softsleeper


So nak jadi cerita, sbab kami nak save sangat, kami kamikaze pegi beli kat sana.

Part2 teman akan cerita journey from day 1 to day 6 kat sane.... jumpa lagi wassalam











No comments:

Post a Comment