Wednesday, November 20, 2013

Nokia LUMIA 1020 : DSLR + Smart Phone

Assalamualaikum & Goodday Bebs... Ni Teman Nak Kabo..

Semalam ada Deepavali + Birthday celebration dlm company aku.. So aku ingatnye nak snap gambar and videos utk collection dan untuk update dalam blog aku ni... Tapi end up, tak jadi ... Sebabnye aku malas nak bawak DSLR aku yang bagak dan berat tu.. Lagi pulak aku naik moto datg keje...

Kenape tak pakai je camera phone?!... Hmmm.. aku mengakula camera phone aku ni memang hampeh... haritu aku ade amik gmbar pakai camera phone dan update dlm blog ni (dalam post ni ).. Gmbar die gelap..
Aku terpakse edit bagi cerah...but jadinye color die pelik lak..kena ubah mcam2.. Terdetik kat hati nak beli phone +camera canggih sket.... Setakat ni camera phone yg ok bgi aku adalah Samsung ngan Sony experia Z... Tapi kualiti nak di bandingkan dengan DSLR memang jauh beza dan setting camera amat minimum..

So aku search la kat Mr Google, best camera phone... end up, semua review bercerita pasal Nokia Lumia 1020


Paparan Gambar Setanding DSLR

Ape yang membuat Nokia Lumia ni stand out from the rest of mobile phone ni adalah ciri -ciri kameranye..

1. Kamera phone ni dilengkapi dengan 41 Megapixel sensor dan 26mm Carl zeiss Lens..  Carl zeiss adalah brand pembuat lensa terkenal bagi kamera2 DSLR dan movie production camera.. filem Lord of the rings pun menggunakan video cam berlensa Carl Zeiss

2. Juga di bina didalam adalah xenon flash di mana xenon flash mempunyai kecerahan dan intensiti yang lebih berbanding LED flash yang terdapat dalam lain2 smartphone.. Sebab itu gambar2 yang dihasilkan oleh Lumia 1020 lebih terang terutama dalam gambar2 di kawasan gelap dan pada waktu malam

3. Apa yang membuat kamera Nokia Lumia 1020 sangat win adalah settings yang terdapat dalam phone ni yang tidak terdapat dalam phone2 yang lain iaitu manual camera settings. Terdapat manual white balance setting, ISO setting, Shutter Speed dan Manual Focus didalam Lumia 1020 di mana ini adalah feature yang amat selalu di gunakan oleh pengguna camera DSLR.. Manual settingsnya amat mudah di gunakan berbanding menggunakan DSLR dengan hanya tapkan settings option di atas touch screen..

 Manual setting

Apa yang aku sangat suka adalah feature Manual focus nye di mana kite boleh buat effect blurr dekat balakang focus serta 'bokeh effect' iaitu opposite dari focus...

Focus 

Bokeh

Gambar -Gambar yang dihasilkan oleh Lumia 1020, warnanya telah di sedia saturatedkan dan sebagai hasilnya, anda dapat gambar dengan warna yang lebih menonjol comapre dengan camera smartfon lain..
Apa yang more efficient adalah capabilitynya untuk menghasilkan gambar yang terang dalam low light condition.. thanks to the xenon flash... samsung S4 juga menggunakan xenon flash tetapi gmbar Lumia 1020 lebih 'Appealing'..

Berikut adalah Comparison Gmbar Nokia Lumia 1020 Dengan smartphone lain





Camera Grip Casing Dan External Battery

Nokia Lumia 1020 di packagekan dengan 'Camera Grip' casing. Camera grip casing ni di bentuk untuk memudahkan pengguna menangkap gmbar dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaje..Ia boleh di pasang dan keluarkan dengan mudah..

Ape yang sangat cool ialah di casing ini terdapat 'external batery' yang boleh mengcas phone bile bateri dah weak.. Haa... Tak perlula nak bawak powerbank bagai..... External Battery ni boleh di charge menggunakan USB..

Lagi satu yang best pada casing ini adalah ia boleh 'di attach' kan pada mana 2 standard tripod...sesuai untuk buat still movie dan tangkap gambar beramai ramai..



Windows Phone 8 Operating System

Seperti yang kite tahu, Nokia tidak menggunakan android sebagai os, sebaliknya menggunakan Windows Phone 8.  Pada aku windows phone pun ok sebab banyak app yang ada pada android, terdapat juga windows phone 8 punya version.. So jangan bimbang kalau anda penggemar whatsapp ke,we chat ke, lomogram ke....kebanyakan app yg polular ade dalam windows phone 8

Internal & External Storage

Kalau tangkap gmbar high resolution, mestila file die besar.. dan tak muat kalau nak letak dalam built in memory card.. Jangan bimbang, Nokia Lumia 1020 mempunyai internal storage sehingga 32Gb dan di tambah pula dengan 'online Skydrive Space' yang disediakan oleh Microsoft di dalam cloud sebanyak 7GB secara percuma..

Phone Spec

Berikut adalah details untuk Nokia Lumia 1020 spec


Option Sesuai Untuk Penggemar DSLR

Kesimpulannye, apa yang lebih bagi phone ni obviously adalah cameranya.. Dan amat sesuai utk pecinta DSLR di luar sane.. Cameraman National Geographic Steven Alvarez, pun menggunakan phone ni utk explorasinya boleh lihat disini ..

Tetapi hanya basic function sahaje la yang ade.. giving the fact yang benda ni adalah smartphone..Tetapi the mobility and 2 in 1 bundleyne amat menarik

Harga

Di Malaysia, Nokia Lumia 1020 baru saja di lancarkan September lepas dengan pengenalan harga RM 2499  termasuk accecories dan  'Camera Grip"

Celcom malaysia  telah menawarkan harga terendah iaitu  dari RM 1638 bagi phone ni utk pelanggan postpaidnya dengan kontrak sehingga 2 tahun

Insyaallah, kalau ade duit lebih nanti, aku akan dapatkan fon ni.. My experia active ni bolela pass kat anak sedare...










No comments:

Post a Comment