Monday, October 5, 2015

Backpacking Trip 2015 : Yunnan , CHINA ( Shangrila - Lijiang - Kunming - Luoping) Part 5

Assalamualaikum ,  and goodday beb! Ni Teman nak kabo..

 Selepas sahaja makan malam dlm pukul 6 di TGL, kami meneruskan perjalanan selama 2 jam ke Shangrila. Salah sorang rakan trip mula berasa pening. Rosey kata mungkin kerana altitude difference dan akibat kepenatan dari hiking trip kami. Alhamdulillah yg lain still ok, cuma penat.

Sesudah sampai di Shangrila, keluar sahaja dari van, masyaallah, sejuk sangat2... kami cepat2 masuk ke hotel. Nama hotel tu Tina hotel. Rosey yg book kan. Lobby die kecil je, serupa budget2 hotel.
Lepas check in, terus masuk bilik.

Masuk2 je bilik terus teruja.. tak macam budget hotel langsung, serupa 3 star hotel... TV dia ada mcm2 movie, die macam satu storage/hdisk besar , yg ade banyak movie dlm.. Bilik air perfect, ade heater, sabun, syampu.. Yg paling buat teman teruja, lantai die...panas beb.... ada heater bawah lantai.. dan yg paling best, harga die dlm RM70 semalam!!..mane nk dapat beb

Malam tu aku tk boleh tido sangat walaupun penat... end up aku baring atas lantai die yg suam tu smbil tgok movie

Tina hotel dari lua

Perkarangan hotel, pekan shangrila

Bilik kami book  (RM 70)

Reception
DAY 4 ( SHANGRILA)

Pagi tu sebelum meneruskan perjalanan, kami breakfast roti kosong dan hot chochalate sahaja. Sorang dlm Rm4. Chocolate die tawar..ermm...roti kosong ngan coklat tawar memg tak masuk...tapi tu je yg kire halal..so makan jela
Kami terus packing sebab petang tu akan terus balik ke lijiang dan trus ke tren station utk balik ke kunming mlm tu.. So that day is our last day kat shangrila - lijiang

Kami terus menghala ke Shika Snow mountain. Shika snow mountain tak berapa jauh dari bandar shangrila. Perjalanan ke sana mengambil masa 20 minit. Dlm perjalanan, pemandangan padang rumput kering, dan terdapat banyak yak2 berkeliaran di sana sini...  Yak adalah binatang ternakan di sini. Ia macam gabungan lembu dan kerbau dengan bulu yang panjang dan lebat. kami ada stop by skejap utk ambil gmbar.

Di belakang, yak2 meragut rumput kering


Shika Snow mountain

Setelah smpai berdekatan station cable car, teman sedikit hairan kerana kawasan tersebut lengang. Berbeza dengan di station cable car Jade dragon yg mana orang ramai beratur panjang ngan ambil masa dlm 1 jam , baru boleh dapat naik. Rosey bgtau yg Jade dragon snow mountain park terlalu ramai orang sebab terlalu di komersialkan serta jaraknya yg dekat dengan lijiang, yg transportationnya lengkap.

Sebelum naik ke station, terdapat kedai di bawah yg menawarkan sewa baju sejuk dan oksigen tank. Teman rasa, memang perlu sangat2 dua benda ni dekat atas sana, terutama sekali oksigen tank. Bila dah naik atas cable car, teman ade rase pening2 skit dan semput sbab altitude makin tinggi, bile sedut oksigen tank tu, baru rasa ok. Walaupun kami ade winter coat sendiri, ternyata tak cukup sebab kat atas tu, sejuk dia di tambah dengan angin kuat.. so sejuk 2 kali ganda

* tips: Beli oksigen tank dekat kedai2 di bandar kerana di sana lebih murah. Beli oksigen tank yg besar dan jangan berkongsi kerana 1 tank besar tu cukup2 utk seorang, especially yg tak pernah naik altitude tinggi


So, refer dekat map di atas, ada dua route cable car.
1: Lower station - Middle station

Di middle station, kita kene keluar.. then kalau nak lepak jap sebelum naik cable car seterusnya ke atas, korang boleh jalan2 dekat Jie Sheng Grassland.

Jiesheng Grassland ni luas, kami tak larat nk jalan jauh2.. pegi sekitar cable car station tu je. Kalau yg ade nafas dan time lebih , boleh explore Jie sheng grassland , smpai ke ling xi lake...bile tengok google, memang lawa kawasannya. Rosey kata, grassland ni paling lawa waktu summer dan autumn. Summer boleh nmpak rumput2 hijau, yak2 berkeliaran serta rare flowers.

Cable car dari bawah
Sekitar Jie Sheng grassland

view grassland dari atas

Bile summer, padang2 ni akan menghijau dan mengluarkan bunga2 liar

Oksigen tank besar ni cukup2 utk seorang

Di belakang cable car route middle - top
2: Middle station- top station

Untuk terus ke top station, kome perlu keluar dari middle station dan terus ke station sebelah. Station sebelah akan ada route cable car dari middle ke top.

Bile dah naik second route menghala ke top, lagi jelas nampak salji yg bertimbun2. Tak sabo teman naik pegang salji... jakun la katekan...

Bila dah turun kat stesen paling atas, anda akan terus masuk satu area di mana terdapat kiosk jual makanan (kebanyakan megi segera n jagung panas) dan minuman

Melaui area tu, ada dua jalan keluar ke walkway, belah east and west. Belah west  walkway, pintu dia ke dalam skit, lepas kiosk. Manakala belah east walkway, pintu keluar betul2 kat pintu masuk ke kiosk area. Takda beza dua2 walkway ni, cuma east walkway ni lebih dekat skit utk ke temple ke puncak.

Memang keluar2 je ke walkway, angin sangat kuat,...tapi tak constat...kadang2 je... memang sejuk gile2.. mula2 tak tahan, then masuk balik.... kuatkan semangat klua jugak.. lama2 skit dah biase.

Kami tak daki walkway tu smpai temple...sebab semput... kelua jauh sikit je, pastu patah balik masuk kiosk area tu sebab sejuk sangat.

West walkway. Yg macam dorm tu adalah kiosk area. Walkway belash sana adalah east walkway menuju ke temple

Orang jakun first time jumpe salji kepul
Pemanas rupe cam kipas. Panaskan tangan lepas dah pegang salji kepul

Lepak dkat kiosk area smbil isap vape, eh tak, oksigen tank
Seterusnya, smbung part 6

No comments:

Post a Comment