Friday, October 9, 2015

Backpacking Trip 2015 : Yunnan , CHINA ( Shangrila - Lijiang - Kunming - Luoping) Part 7

Assalamualaikum ,  and goodday beb! Ni Teman nak kabo..

Sambungan dari part 6..

Tepat pukul 10.30 mlm, kami pun bertolak meninggalkan Lijiang menaiki tren coach softsleeper yg kami beli tiketnye masa kami mula2 sampai di lijiang.

Softsleeper ni katilnye lebih selesa, senyap, bnyak compartmen nak simpan barang. Tapi tiketnye bapak mahal.

DAY 5 - KUNMING CITY

Dalam lbih kurang jam 7.30pgi, tren kami smpai di Kunming. Kami pun memulakan perjalanan untuk ke the Hump Youth Hostel.

     The Hump Youth Hostel, Kunming    

Sebelum bertolak ke kunming, teman dah book hostel ni dekat booking.com. Sebab teman pilih hostel ni,

1. Murah
2. Dkat dengan masjid Kunming ( walking distance)
3. Tgah2 bandar, excessible by public transport

Guna booking.com, lgi bagus dri agoda sebab kebanyakan hotel yg kite book, tk perlu bayar upfront. Kite boleh bayar masa check in. Harga bilik berdua siap toilet dalam RM100 je..

The hump youth hostel ade website diorg sendiri. Website die lengkap tunjuk cara2 nak pegi sana dari airport atau tren station link dia ada disini

 : http://www.thehumphostel.com/english/eym3/ey3.html

So kami pun follow je ape yg diberitau dlm tu, dgan menaiki bas awam. Kunming, pengangkutan bas die sangat eficient. Bas memang banyak. Anda perlu tgok bas no berapa ke destinasi, dan bilang no of stop.

The hump youth hostel ni terletak di tingkat atas, bawah adalah bar dan restoran. Pintu masuk adalah di tengah2 lorong antara kedai. Laluan kecil je. Hostel ni memang penuh dengan foreigner. Kebanyakan adalah backpacker dan orang2 muda. Tak berapa sesuai nak bawak family sebab ada bar dalam hostel ni, bile malam2 diorang ade yg mabuk2.

Rekabentuk dlm bilik memang mcm dalam pagoda. Yg best, dia guna toilet die open concept.
Takda pintu. Malam pula agak bising di kiri dan kanan sebab bnyak restoran2 di sekeliling. Smpai ke pagi bisingnye. Tu sebab die ade ltak earplug dlm bilik.

Tapi yg paling best adalah di laman luar die..view tgah2 bandar, memang cantik dan relaxing

Bilik Harga RM100
Laman luar
Lepak2 smbl minum tgok pemandangan
view kunming city centre dari laman rooftop
The hump youth hostel ni memang sangat traveller friendly. Semua information tentang attraction sekitar kunming dan bandar sekitar boleh di dapati dlm bentuk gmbar dinding, brochure, map..
Anda juga boleh bertanya kepada receptionist yang english very well verse.





      Jinbi Square        

Jinbi square ni betul2 dekat ngan hostel kami. Siapa yang pergi kunming kalau tak pergi jinbi square ni memang tak sah. Kat jinbi square ni ada 2 gate bentuk pagoda. Sekeliling di tanam macam2 bunga. Jinbi square ni salah satu tempat lepak orang2 bandar kunming. Macam2 gelagat ada

Jinbi Square Gate
Bunga2 di sekitar
Cara terbaru nak 'berakkan' anak...macam2 ada

     Kunming Halal Food - Jinbi Square Halal Food Court   


Yang paling best kat kunming adalah Halal Food, boleh jumpa di merata rata. Boleh kata semua jenis benda yg ada logo halal, semua kami nak try...turns out to be mostly not so wonderful...tapi telan jela..haha..

Tiap2 attraction yg kami pegi, mesti ada penjaja2 muslim kat sana. Dekat blakang hostel kami, acrros jinbi square, ade kompleks menempatkan restoran dan food court muslim. Food court die ada yg direct cash dan ade yg kena coupon. Till today teman tak paham beno, how they actually bought the coupon n where to get it. So kami beli yg direct cash, which the food is limited.

Kompleks makanan halal
View dari dalam
Gerai2 makanan....kena pakai kupon
Banyak tu je yg kami beli...riso beli bnyak tak sedap

     Kunming Halal Food - kunming Zoo    

Dekat depan pintu masuk kunming zoo, ada hawker2 jual tepi jalan. Kat situ boleh jumpa muslim jual satay kambing dan mee celup... Ade jugak yang jual buah2 buahan.. black berries die sedap wei..

Lorong depan Kunming Zoo
Gerai jual mee celup
Gerai buah buahan
Nenas
Black berries
     Kunming Halal Food - Berdekatan Masjid Kunming   

 Berdekatan masjid kunming, ada satu lorong khas untuk peniaga2 cina muslim. Terdapat pelbagai gerai dan kedai makan, jual cenderamata dan kain. Lorong ni yang paling happening dan terdapat pelbagai jenis makanan... Nak try semua tapi masa dan duit yang tak mengizinkan..hehe







 Bersambung di part 8 nanti


No comments:

Post a Comment